PU Abu dan Ain Afini Sah Cerai Selepas Terpaksa Berpatah Balik ke Mahkamah, Eh Kenapa?


PU Abu dan isteri telah pun sah bercerai dengan jatuhnya talak dua


By Syafiqah Azman

Badai yang melanda rumah tangga bekas peserta Pencetus Ummah (PU) Abu atau Muhammad Abu Sufyan bersama isterinya Ain Afini telah berakhir apabila mahkamah telah mengesahkan penceraian mereka dengan jatuhnya talak dua.

Mahkamah pada mulanya memutuskan penceraian tersebut adalah tidak sah, namun difahamkan PU Abu bersama isterinya pada pagi Rabu terpaksa berpatah balik ke mahkamah semula bagi mengemukakan fakta tambahan untuk menyokong penceraian mereka. 

Menurut satu laporan mStar online, PU Abu berkata bahawa terdapat beberapa kenyataan yang tidak lengkap dari pihaknya yang menjadikan hakim membuat keputusan bahawa penceraian itu tidak sah pada mulanya. 

“Ada maklumat yang tidak cukup sebab tu penceraian tidak sah jadi saya terpaksa berpatah balik bagi menambah kenyataan,” katanya. 

Bagaimanapun, pendakwah bebas tersebut enggan berkongsi mengenai kenyataan tambahan yang dikemukakan di mahkamah. 

Tambahnya lagi, bukti penceraian dia dan Ain Afini boleh dikongsikan selepas mendapat dokumen sah dalam tempoh sebulan daripada tarikh penceraian yang didaftarkan. 

Ohh macam tu rupanya, tapi pelik juga ya kalau boleh terlupa nak berikan sebarang kenyataan. Sebab benda cerai ni bukan boleh buat main, ye dak? 

Manakala kenyataan daripada pihak Ain sendiri menjelaskan bahawa perbicaraan kedua yang dilakukan pada sesi petang itu kerana ada beberapa kenyataan daripada pihak lelaki yang tidak dikemukakan di mahkamah. 

“Saya minta maaf tapi saya tidak boleh kongsikan kenyataan tersebut kerana ia melibatkan aib bagi pihak lelaki,” jelasnya. 

Sebelum itu, Mahkamah Rendah Syariah Klang telah memutuskan penceraian pasangan tersebut tidak sah pada Rabu pagi selepas mendapati lafaz cerai yang dilakukan melalui aplikasi Whatsapp adalah tidak sah. 

Terdahulu, kontroversi yang melanda pendakwah bebas ini telah mendapat perhatian ramai apabila isterinya Ain Afini mendedahkan kisah penceraiannya ketika sarat mengandung 7 bulan pada April lalu.

BACA: Mohon Maaf Tidak Ikhlas, Netizen Bengang dengan PU Abu

BACA: 

Dalam kenyataan yang sama, Ain turut menjelaskan bahawa penceraian tersebut disebabkan munculnya orang ketiga iaitu Hana sendiri dalam rumah tangga mereka.

Apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja buat kedua-dua belah pihak.