NUTP: Maszlee berjaya selesai 18 isu pendidikan


Dr Maszlee Malik berjaya mengurankan beban para guru. -Gambar dari Google


By Huzraifah Atikah

Sebanyak 18 isu berkaitan pendidikan berjaya diselesaikan oleh kerajaan sejak tahun lepas.

Antaranya ialah pendidikan kelas komputer, keselamatan dan kesihatan pekerjaan (bagi sekolah tanpa pagar atau pondok pengawal), VLE Frog, pentaksiran berasaskan sekolah, Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS), kedudukan dalam keputusan PISA/TIMSS, pertukaran guru duka lara dan kekurangan guru ganti.  

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berkata, pihak NUTP telah mengemukakan sebanyak 41 isu dan cadangan penyelesaian masalah pendidikan untuk diperhati dan baiki oleh Kementerian Pendidikan (KPM). 

Kesungguhan KPM berganding tangan dengan agensi-agensi badan kerajaan juga dapat dilihat bagi memajukan sistem pendidikan negara kepada peringkat yang lebih tinggi agar sejajar dengan peringkat antarabangsa.

Menurut Presiden NUTP Aminuddin Awang, keprihatinan dan tindakan proaktif Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik membolehkan 18 isu berkenaan masalah di bidang pendidikan berjaya diselesaikan.

Dia berkata perkara lain termasuklah isu beban tugas guru, isu sekolah daif, Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dan menggubal Prosedur Operasi Standard keselamatan dan kebajikan guru ketika membawa murid keluar sekolah bagi menghadiri program rasmi kementerian.


Walau begitu, Aminuddin berkata terdapat 11 lagi isu yang masih didalam rundingan termasuklah Dasar TVET Negara dan Pendidikan khas. Manakala 12 lagi isu termasuk kekurangan guru bahasa Inggeris masih belum diambil tindakan.

Beliau juga berkata, pihak kementerian juga telah menetapkan agar penyelesaian bagi isu-isu itu dibuat secara berperingkat dan melibatkan pelaksanaan jangka masa pendek, jangka masa sederhana dan bagi pelaksanaan jangka masa panjang.

Namun secara keseluruhan, pihat NUTP amat berpuas hati dengan sikap Maszlee yang terbuka untuk menerima cadangan dan turun padang bagi meninjau keadaan sebelum mencari jalan penyelesaian yang bernas bagi setiap masalah yang dikemukakan.