Duet Alif Satar & Raihan Menyengat, Sesungguhnya2019 Trending No. 1 Di Youtube


Alif Sattar & Raihan


Di saat isu Aliff Aziz curang buat kali ketiga menjadi viral di segenap pelusuk media sosial, seorang lagi penyanyi dan pelakon iaitu Alif Satar pula tidak kurang juga viralnya tetapi dengan isu yang lebih positif. 

Siapa sangka lagu Sesungguhnya2019 yang dirakamkan semula bersama kumpulan nasyid, Raihan telah menduduki trending No. 1 di Youtube. Sehinggga saat ini kedudukan tersebut tidak berubah. 

Apa yang menarik, lagu itu telah dimuat naik pada 9 Mei menerusi channel Youtube Alif Satar dan dalam tempoh 6 hari, ia telah mencecah tontonan sebanyak 3,381, 216. Jumlah tontonan ini dijangka bertambah dari masa ke semasa dan tidka mustahil ia mampu mencecah tontonan sebanyak 5 juta sehingga hujung minggu ini. 

Sesungguhnya2019 adalah lagu ciptaan dan lirik Nazrie Johanie (Nazrey) iaitu bekas vokalis utama Raihan. Lagu ini telah dirakamkan Raihan pada 1997. 

Kini ia telah diberi nafas baru oleh Alif Satar dan Raihan menerusi susunan muzik baru menerusi Sesungguhnya2019. Apapun, selepas versi Alif Satar versama Raihan ini muncul, ramai peminat Raihan mengakui bahawa mereka sangat merindui suara dan vokal Nazrey.