Tampar, Tendang dan Dibogelkan...Kenapa Sampai Macam Ni?


Seorang lelaki ditampar, tendang dan dibogelkan kerana menipu pemandu teksi


By Syafiqah Azman

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Itulah ungkapan yang boleh dikaitkan dengan apa yang terjadi kepada seorang lelaki apabila tertangkap kerana menipu pemandu teksi.

Lelaki yang dipercayai berumur 32 tahun itu dipukul oleh sekumpulan pemandu ‘e-hailing ride’ selepas ditangkap mereka.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku sekitar kawasan Petaling Jaya namun lokasi dan masa yang tepat tidak diketahui.

Beberapa klip video memaparkan lelaki tersebut dimalukan dan diserang oleh pemandu-pemandu tersebut tular di media sosial Facebook.

Menurut satu laporan dari China Press, lelaki itu telah pun menipu beberapa pemandu dengan mengunakan modus operandi yang sama iaitu menyatakan bahawa dia ingin masuk ke rumah untuk mengambil wang sebelum melarikan diri. 


Selepas mengakui kesalahan yang dilakukan, lelaki tersebut telah ditampar oleh pemandu teksi tersebut sebelum dibawa ke satu lokasi bagi berjumpa dengan pemandu lain yang juga telah menjadi mangsanya. 

Salah satu video memaparkan lelaki tersebut ditumbuk, ditendang dan juga dibogelkan.

Bagaimanapun, adakah ini cara yang betul bagi seseorang itu menghukum pesalah? Kenapa tidak membiarkan pihak berkuasa melakukan siasatan? Boleh jadi daripada lelaki yang menipu itu dihukum, tiba-tiba kesemua pemandu tersebut pula yang ditangkap, betul tak?