Sekatan keluar negara, larangan 'renew' lesen dan cukai jalan - PTPTN


Mahasiswa tuntut janji PTPTN


By Nadhirah Sofea Rashid

Tahukah anda Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) kini menanggung hutang sebanyak RM40 billion selepas peminjam gagal membayar balik hutang?

PTPTN kini disifatkan menanggung hutang yang lebih besar daripada 1MDB!

Oleh yang demikian, perbadanan tersebut sedang mempertimbangkan cadangan orang ramai untuk memperkenalkan semula sekatan perjalanan ke luar negara terhadap peminjam yang gagal membayar balik.

Timbalan Ketua Eksekutif (Dasar dan Operasi) PTPTN Mastura Mohd Khalid berkata penguatkuasaan yang tegas perlu dilakukan kerana tidak mustahil PTPTN tidak akan mampu memberi pinjaman lagi.

Image result for ptptn mastura

“Sekatan perjalanan ke luar negara yang dilaksanakan kerajaan pada tahun 2018 dilihat berkesan untuk memastikan peminjam membayar balik pinjaman.

Menurutnya, daripada satu juta peminjam yang disekat untuk ke luar negara dengan jumlah pinjaman sebanyak RM20.7 bilion, seramai 640,000 peminjam membayar balik sebanyak RM2 bilion.

“Ini menunjukkan penguatkuasaan yang lebih tegas amat berkesan untuk menggalakkan peminjam membayar balik,” katanya.

"Antara cadangan lain yang diterima daripada orang ramai ialah peminjam dilarang memperbaharui pasport, lesen memandu, cukai jalan dan juga menyiarkan gambar mereka di khalayak ramai serta menyenarai hitam ahli keluarganya daripada pinjaman pendidikan PTPTN," katanya lagi.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa dia bersama rakyat jika orang ramai menolak cadangan memperkenalkan semula larangan keluar negara terhadap peminjam yang ingkar. 

Image result for anwar ibrahim

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata dia pasti bahawa rakyat tidak akan bersetuju jika Putrajaya menggunakan semula tindakan keras itu. 

Ini adalah kerana peminjam yang gagal membayar balik adalah siswazah yang baru menamatkan pengajian dan belum berjaya mendapatkan pekerjaan akan terkesan. 

“Mereka pinjam tetapi tidak ada kerja. Hendak tekan lagi kenapa?” katanya.

Aktivis pelajar, Adam Adli Abd Halim membantah sekiranya kerajaan ingin memperkenalkan semula sekatan ke luar negara.

Dia juga mengecam tindakan Pengerusi PTPTN Wan Saiful Wan Jan kerana mempertimbangkan semula sekatan itu. 

"Pihak kerajaan harus mempertimbangkan orang lain untuk menggantikan tempat Wan Saiful sebagai pengerusi PTPTN. Dia tidak faham masalah pelajar, dia hanya faham hutang PTPTN perlu diselesaikan," ujarnya menurut Free Malaysia Today.

Tinjauan di media sosial menyaksikan beberapa hujah mengenai pengumuman mengejut perbadanan tersebut. 

Ada juga yang membantah dan tidak kurang juga yang menyokong.

Menghapuskan dasar menyenarai hitam peminjam PTPTN yang tidak membayar hutang merupakan antara manifesto PH untuk Pilihan Raya Umum Ke-14.

Janji lain mengenai PTPTN adalah menangguhkan pembayaran balik kepada peminjam yang memperoleh gaji kurang daripada RM4,000 sebulan.