Bahana mercun, pelajar hilang pergelangan tangan


Tapak tangan, kesemua jari hancur gara-gara mercun


By Nadhirah Sofea Rashid

Masa bergerak terlalu pantas sehingga sedar tak sedar, sudah masuk hari ke-16 umat Islam di seluruh Malaysia menjalani ibadah puasa. 

Pelbagai persiapan dilakukan bagi merayakan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelma tidak lama lagi. 

Dalam pada kebanyakan masyarakat sibuk dengan persiapan baju raya, kasut baru dan macam-macam lagi, sebahagian kanak-kanak dan remaja juga sibuk dengan aktiviti wajib mereka iaitu bermain mercun. 

Boleh dikatakan tak meriahlah musim perayaan sekiranya tiada aktiviti wajib ini. 

Namun, sementara ramai teruja untuk bermain mercun, kadang-kadang mereka terlupa tentang bahaya mercun ini. 

Ada yang buta, melecur satu badan, dan macam-macam lagi.

Bukan saja bahaya kepada individu, tetapi kepada harta benda juga.

Terkini, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun, kehilangan kesemua jari tangan kanannya dalam satu insiden di Kampung Kubang Ikan, Terengganu.

Remaja tersebut, Syafiq Haikal Shahruddin dikatakan bermain mercun,

Ibunya, Zainab Mohd, 40, tidak menyangka kejadian ini akan menimpa anaknya. 

"Sebelum ini, saya terdengar kejadian seperti ini menimpa orang lain, tapi kali ini ia berlaku kepada anak saya. 

Menurut Zainab, dia sedang memasak semasa sepupunya memaklumkan Syafiq tercedera akibat mercun.

“Syafiq dah bakar sumbu tetapi tidak menyala sebelum dia bakar sekali lagi dan ia meletup."

Tambahnya, kejadian itu turut menyebabkan anak bongsunya, Shahrul mengalami cedera ringan di belakang badan.

Zainab turut mengulas bahawa dia ada menegur anak kedua daripada empat beradik itu supaya tidak bermain mercun.

“Semalam dia ada main dan saya sudah tegur tetapi tidak sangka hari ini, dia main lagi. Memang terkejut sebab kejadian ini berlaku pada anak sendiri namun segalanya sudah ketentuan Ilahi,” katanya.

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, Syafiq dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu untuk rawatan lanjut.