Bantuan untuk gelandangan menjadi longgokkan sampah!


Makanan dan pakaian yang dilambak begitu sahaja - Gambar daripada Syed Azmi


By Nadhirah Sofea Rashid

Dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, banyak NGO atau individu yang ingin menyebarkan kebaikan dengan memberi sumbangan kepada gelandangan di ibu kota.

Ada yang sumbangkan makanan, pakaian dan macam-macam bentuk sumbangan lagi. 

Rakyat Malaysiakan banyak yang pemurah, betul tak?

Namun, niat murni itu bertukar sebaliknya apabila foto yang viral memaparkan beratus-ratus bekas makanan dan pakaian yang dibiarkan ditepi jalan sehingga menjadi seperti longgokkan sampah.

Foto tersebut dimuatnaik oleh seorang pengguna Facebook Syed Azmi, mula tular apabila ramai netizen mempersoalkan sistem yang digunapakai untuk menguruskan sumbangan ini. 


Malahan, ini bukan kali pertama terjadi pembaziran seperti ini. Hampir setiap tahun kita dengar masalah-masalah sebegini.

Ramai yang berpendapat, sistem yang sistematik perlu digunakan untuk mengelakkan pembaziran yang melampau. 

Ada juga yang berpendapat bahawa organisasi yang ingin membuat sumbangan haruslah melihat di sudut lain juga. 

Pelajar-pelajar universiti atau kolej yang mengikat perut, golongan fakir miskin di kawasan pedalaman, masyarakat di kawasan PPR dan macam-macam lagi memerlukan sumbangan seperti ini. 

Kalau dah semua nak sumbang di kawasan KL sahaja, mana tidaknya berlaku pembaziran?



Memang betul memberi sumbangan merupakan satu amalan yang mulia dan mendapat pahala, tapi pembaziran adalah satu dosa juga.

Diharapkan pihak terbabit mencari jalan penyelesaian untuk mengelakkan pembaziran seperti ini.