RM11.4 juta biasiswa untuk pelajar Palestin


Dr Mahathir Mohamad menyaksikan sumbangan biasiswa daripada pihak universiti ketika Majlis Iftar ke-9 dengan komuniti Palestin di Malaysia. -Pix from Utusan Online


By Huzraifah Atikah

Kerajaan telah bersetuju untuk menawarkan biasiswa kepada pelajar Palestin bagi melanjutkan pengajian ke universiti terkemuka di Malaysia. 

Menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, biasiswa berkenaan ditawarkan kepada pelajar terpilih melalui Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM).

Ia merupakan salah satu inisiatif daripada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Biasiswa itu membolehkan pelajar Palestin melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda, master dan PhD di 12 universiti.

“Kepada pelajar Palestin yang dipilih, saya ucapkan tahniah dan selamat maju jaya,” kata beliau.


Antara 12 universiti yang akan terlibat adalah Al Bukhary International University, Management and Science University, Universiti Mahsa, Kolej Universiti Islam Perlis dan City University.

Ia turut melibatkan Universiti Multimedia, Universiti UCSI, Universiti Teknologi Petronas, Universiti Tenaga Nasional, Universiti Sunway, Universiti Kuala Lumpur dan Universiti Utara Malaysia.

"Hari ini, PCOM memainkan peranan penting dalam membina persefahaman budaya antara Palestin dan Malaysia, meningkatkan kesedaran tentang isu Palestin dan menggerakkan politik sokongan terhadap hak Palestin,” kata beliau. 

Disamping itu, Dr. Mahathir juga berkata, Malaysia akan terus berdiri teguh bagi menyatakan sokongan kepada Palestin dan terus mengutuk tindakan zalim Israel terhadap rakyat Palestin.