Lelaki dibelasah teruk dalam longkang kerana RM20


Lelaki tersebut dibelasah


By Nadhirah Sofea Rashid

Hanya kerana ingin meminjam wang sebanyak RM20 daripada bekas teman wanita, seorang lelaki dibelasah teruk oleh dua orang lelaki di Kemaman.

Menurut Ketua Polis Daerah Superintenden Mohd Said Ibrahim, pemuda itu tersilap langkah apabila sebaik tiba di perkarangan rumah wanita itu, suaminya yang menyambut kehadirannya.

Tidak berpuas hati dengan lelaki itu, suami bekas kekasih dan adik lelakinya bertindak memukul lelaki malang itu. 

Kejadian menjadi lebih teruk lagi apabila mereka saling bertumbuk di sebuah longkang berdekatan. 

Mangsa yang dihumban ke dalam longkang itu meronta-ronta kesakitan dengan mukanya yang berdarah dan bajunya yang koyak.

Melihat kejadian yang terlalu melampau, orang ramai di sekeliling menyuruh mereka berhenti memukul.

Pelaku tersebut kemudiannya menengking mangsa untuk keluar dari longkang.

"Keluarlah! Kau nak pergi mana?! Keluar!!', jeritnya. 

Ekoran itu mangsa yang berusia 20 tahun itu mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan.

Menurut Mohd Said, pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut berkenaan kejadian tersebut.

Kes disiasat dibawah seksyen 323 Kanun Keseksaan, kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

Tonton video penuh dibawah: