Tudung termahal di dunia - RM50,000


Tudung yang dijual pada harga RM50,000 - Gambar daripada Facebook


By Nadhirah Sofea Rashid

Umpama membeli sebuah kereta, itulah harga tudung bawal paling mahal di dunia yang bernilai RM50,000 keluaran syarikat hijab mewah tempatan, Bawal Exclusive.

Mesti ada di antara anda yang tertanya-tanya, 

"Ada sesiapa ke nak beli tudung semahal Myvi ni?"

Jangan terkejut ya, tudung mahal ini telah pun disambar oleh seorang ahli perniagaan wanita, berumur 35 tahun yang berasal dari Kuantan, Pahang.

Apa yang membuatkan tudung ini menjadi tudung paling mahal di dunia adalah ia bertatahkan kristal mewah Swaroski dan mengambil masa tiga bulan untuk menyiapkannya di Austria. 


Memetik kenyataan Pengasas Bawal Exclusive Haliza Maysuri menerusi Kosmo, lebih 10 warna batu kristal Swarovski digunakan untuk menghasilkan tudung mewah ini.

"Tudung ini diilhamkan daripada 'padang pasir berbunga dan harga RM50,000 ini adalah termasuk kos pereka profesional dan kos membuatnya di Austria," ujarnya.

Harga yang diletakkan sekali gus menjadikan tudung ini sebagai tudung termahal yang pernah dihasilkan didunia, memadamkan rekod jualan sehelai tudung yang bernilai RM33,000 tahun lalu. 

Rata-rata netizen berkongsi pendapat mereka tentang harga tudung yang mahal ini. 

Sesiapa yang ada keinginan nak pakai tudung semahal ini, baik menabung daripada sekarang!