Dua warga China dibaling telur kerana menipu


Suspek dipukul dan dibalik telur


By Nadhirah Sofea Rashid

Gara melakukan aktiviti menilik dan menipu, dua wanita warganegara China dipukul dan dibaling telur serta buah mangga oleh orang ramai.

Menerusi sebuah video yang tular di Facebook, kedua-dua wanita itu dilihat telah diikat pada tangan dan kaki, dan dibaling telur bertalu-talu oleh penduduk Taman Megah Ria, Johor Bahru.

Keadaan itu menyebabkan mereka meraung kesakitan.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata kedua-dua suspek itu telah menipu ramai pelanggan.

“Mereka buat kerja sampingan seperti bomoh atau pawang tolak bala. Sebelum ini, mereka pergi ke kawasan itu ambil pelanggan. Jadi, secara tak langsung pelanggan ini semua kena tipu.

“Pada hari kejadian, dua suspek ini datang semula ke kawasan itu dan terserempak dengan peniaga di situ. Mereka kenal, jadi mereka bertindak mencederakan dua suspek ini,” katanya.

Lihat video penuh dibawah:

Rata-rata netizen menyokong tindakan orang ramai di kawasan itu untuk menghukum kedua-dua suspek itu.


Walau bagaimanapun, Mohd Khalil berkata, pihaknya tidak akan bertoleransi terhadap peniaga yang bertindak mencederakan suspek tanpa membuat sebarang laporan polis berhubung penipuan yang didakwa.

“Peniaga itu atau sesiapa saja tidak boleh ambil tindakan sendiri, perlu buat laporan polis dan kita siasat, apa penipuan yang dilakukan dan kita akan ambil tindakan.

“Bila anda ambil tindakan sendiri begini, kita akan siasat anda juga dan perlu lihat benarkah penipuan yang didakwa, kita perlu siasat," katanya lagi.

Kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh manakala dua wanita warga China itu direman seminggu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.