Ini senarai semak untuk balik kampung!


Gambar daripada Google


By Nadhirah Sofea Rashid

Pejam celik pejam celik, Hari Raya Aidilfitri yang dinanti-nanti bakal berkunjung tiba tidak lama lagi. Pantas sungguh masa berlalu!

Ha, persiapan balik kampung dah ready ke? Semua dah siap?

Kalau belum, ini senarai semak yang perlu anda tahu supaya perayaan Aidilfitri menjadi lebih lancar. 

1. Baju raya

Related image

Ha, ini kalau tak ada, maka tak raya lah anda!

Sebelum tutup beg anda, pastikan baju raya semua ahli keluarga dibawa.

Kalau dah bawa pula, jangan lupa check mana-mana yang tertinggal. Jangan baju bawa tapi seluar tak bawa pula! 

2. Powerbank/Extension plug


Hari raya ni mesti banyak ambil gambar kan? 

Kalau dah seharian ambil gambar, mestilah bateri pun habis, betul tak?

Untuk elakkan daripada telefon anda kehabisan bateri, pastikan anda siap-siap membawa powerbank.

Jangan pula nak pinjam powerbank orang, marah orang tu tau!

Ataupun, kalau tak ada powerbank, anda boleh bawa extension cord. Yelah, kat kampung mana cukup plug. Nak kena berebut lagi dengan saudara mara. 

3. Ubat-ubatan

Image result for ubat-ubatan

Tak kira lah anda ada penyakit atau tidak, pastikan ubat-ubatan asas seperti paracetamol, ubat sakit perut, dan plaster dibawa juga sekiranya berlaku kecemasan.

Yelah, dah sebulan berpuasa, mestilah ada di antara kita yang makan tak ingat dunia, betul tak?

Bagi yang memang ada penyakit, macam ibu bapa kita yang ada kencing manis ke, darah tinggi ke, pastikan anda ingatkan ibu bapa untuk membawa ubat-ubat tersebut. 

4. Penyangkut baju (hanger)

Ha, ini penting! Lagi-lagi buat wanita yang bertudung tu. Kalau taknak tudung berkedut, baik bawa penyangkut baju sendiri.

Takdelah tiba-tiba penuh kerusi dan sofa dipenuhi tudung. 

Mesti ada di antara kita yang pernah buat macam ni kan? Ha, baik mengaku cepat!

5. Alat mandian


Bayangkan anda menetap di kampung selama seminggu tapi terlupa bawa alat mandian?

Kalau sabun yelah boleh pinjam, tapi kalau berus gigi dan pencuci muka sendiri tak ada macam mana?

Untuk menyenangkan kerja, pastikan anda letakkan alat-alat mandi ini dalam satu bekas. Tak adalah tercari-cari bila nak mandi nanti. 

Dan jangan pula lupa bawa balik rumah!

Apa-apa pun semoga senarai semak ini dapat membantu anda persiapan balik kampung. 

Selamat Hari Raya!