Periuk kera hampir pupus kerana Raya


Periuk kera yang digunakan - Gambar Google


By Nadhirah Sofea Rashid

Musim raya ini, sebut sahaja lontong, lemang, ketupat atau rendang, pasti menjadi kegilaan ramai tidak kira bangsa!

Selain lemang buluh, lemang periuk kera juga mula diminati ramai terutamanya pada musim perayaan.

Siapa yang pernah merasai lemang periuk kera, tahulah rasa sedapnya macam mana. 

Namun, baru-baru ini, seorang peguam bernama Jehan Bakar menulis di Facebooknya mengenai periuk kera yang sedang pupus. 

Hal ini tular apabila seorang penyelidik botani UKM Prof Emeritus Abdul Latiff Mohamad memuat naik satu posting di Facebook mendedahkan spesis periuk kera yang kian diancam kepupusan.

Image may contain: text that says

Jehan yang juga merupakan Pengerusi Persatuan Pencinta Alam cawangan Negeri Pahang berkongsi informasi tersebut dan menyeru orang ramai untuk tidak membeli atau menggunakan periuk kera untuk membuat lemang.

Menurut beliau, tumbuhan ini mula terkenal apabila sering digunakan untuk membuat lemang di beberapa buah negeri. 

Boleh dikatakan makanan yang 'rare' lah.

"Disebabkan tumbuhan ini jarang dilihat, ada pihak yang menjual dengan harga yang agak tinggi iaitu kira-kira  RM10," ujarnya.

Namun, Jehan menambah lagi bahawa ramai yang tak tahu tumbuhan jenis nepenthes macrophylla ini telah tersenarai dalam Kesatuan Pemuliharaan Alam Antarabangsa (IUCN) sebagai spesis yang terancam.

"Pada masa akan datang, planet kita diramalkan bakal mengalami peningkatan suhu di antara 1 hingga 5 celcius.

"Tidak seperti haiwan yang mampu bergerak dan berhijrah ke tempat yang lebih dingin, spesis periuk kera ini tentunya akan kekal statik di ‘tempatnya’ dan menjadi mangsa pemanasan global," tambahnya lagi.

Jehan turut bimbang aktiviti membuat lemang periuk kera ini akan mencepatkan lagi proses kepupusan tumbuhan itu.

"Saya mohon pada hari raya nanti, supaya kita semua tidak membeli atau makan lemang yang dibalut dengan periuk kera. Lakukannya demi bumi dan alam sekitar kita," ujar Jehan lagi.

Betul lah apa yang dikatakan oleh peguam itu. 

Tak kan kita nak tengok tumbuhan spesis itu pupus baru kita nak hargai, betul tak?