Ingat nak bunuh diri, rupa-rupanya...


Gambaran kedudukan yang berbeza


By Nadhirah Sofea Rashid

Ramai yang "panic" apabila melihat seorang pemuda berdiri di hujung satu bangunan tinggi kerana menyangka ia mungkin cubaan membunuh diri.

Video dia berdiri di tepi bangunan sempat dirakam oleh seorang netizen sebelum viral di media sosial.

Lihat video di bawah:

Namun, individu yang dianggap cuba membunuh diri itu sebenarnya hanya berdiri di kawasan itu.

Walau bagaimanapun, dengan sikap prihatin rakyat Malaysia, individu itu tetap diselamatkan oleh pihak Bomba.

Dia terus dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut. 


Pemuda itu juga menerangkan bahawa dia berdiri jauh daripada hujung bangunan tersebut dan tidak mungkin akan membunuh diri. 

Malah, dia juga berkata dia berada di tingkat paling atas bangunan itu kerana bekerja membaiki mesin gas paip pemanas air.

Ha, sekarang tiba masa untuk plot twist!

Individu tersebut merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan video tersebut dan tempat dia berdiri seperti gambar di atas. 

Dia turut menambah bahawa ada seorang cleaner yang turut berada di tingkat paling atas bangunan itu, tetapi di sudut lain.

Rupa-rupanya memang ternyata bukan dia!

Tapi siapa pula yang berdiri di hujung bangunan tu? Pelik ni!

Nah, gambaran buat pembaca



Setelah meneliti beberapa kali, individu tersebut dapat mengesahkan bahawa bukan dia yang berdiri di atas tembok itu, tetapi orang lain.

Namun, persoalannya siapa yang sebenarnya berdiri atas tembok hujung bangunan tu? Ish, misterinya!

Individu itu berpendapat kemungkinan cleaner yang naik sebelum dia yang dirakam dengan cubaan membunuh diri.

Ramai di antara netizen menasihati individu tersebut untuk kembali ke balai polis untuk menerangkan kejadian yang sebenarnya berlaku. 

Dan ramai juga merasakan ada sesuatu yang pelik dalam video dan penerangan individu tersebut. 

Kejadian tersebut dikatakan terjadi di sebuah hotel terkenal di Lembah Klang. 

Adakah memang benar-benar orang lain yang sebenarnya cuba membunuh diri atau hanya mainan sudut ilusi yang mengelirukan?

Apa-apa pun, semoga tiada sesiapa yang tercedera dan misteri dapat dirungkai!