Balik kampung naik helikopter untuk RM30,000 sehala!


Perkhidmatan penerbangan helikopter kini mendapat permintaan ramai - Gambar Google


By Nadhirah Sofea Rashid

Tiba saja bulan Syawal, maka berduyun-duyunlah kenderaan mula memasuki kawasan pantai timur terutama sekali negeri Kelantan. 

Bagi tahun ini, sebanyak sejuta kenderaan dijangka memasuki Kelantan!

Untuk mengelakkan jam, sebuah syarikat telah menyediakan lebih 20 buah helikopter untuk 'Balik Raya Elak Jem' di musim perayaan Aidilfitri ini.

Menurut pemilit syarikat Hazmi Dimasyq Group, Hazmi Hanipa, perkhidmatan di musim perayaan ini adalah kali pertama diperkenalkan. 

"Ini merupakan tahun pertama kami memberikan perkhidmatan sempena raya. Setakat ini, kita telah mendapat 11 permintaan terutamanya untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu, Kelantan," ujar Hazmi. 

Menurut Hazmi, penerbangan pertama bermula pada Jun 3 dan caj pernerbangan ke Kelantan mencecah RM30,000 sehala!

Orang kaya Kelantan sewa helikopter balik raya

Hazmi yang juga merupakan anak kelahiran Kampung Renok Baru, Gua Musang berkata dia tidak menyangka akan dapat permintaan yang tinggi.

"Untuk ke Kelantan sahaja, kami ada empat penerbangan setakat ini. Kami menyediakan dua jenis helikopter iaitu muatan tiga dan enam penumpang," tambah Hazmi. 

Untuk penerbangan enam penumpang, Hazmi berkata, harga sewanya mencecah RM17,000 untuk satu jam.

"Alhamdulillah, melihat kepada permintaan, kita akan meneruskan perkhidmatan ini untuk musim-musim perayaan seterusnya," katanya lagi.

Wah, lain macam ni balik kampung dengan helikopter!