Wanita 7 bulan mengandung dilarang makan di restoran


Wanita mengandung tidak digalakkan untuk berpuasa - Gambar Google


By Nadhirah Sofea Rashid

Apabila wanita mengandung, kadangkala badan boleh menjadi lemah kerana kurang tenaga. Lagi-lagi pada bulan puasa.

Disebabkan risau kesihatan ibu dan bayi boleh terjejas, ada diantara wanita mengandung dinasihatkan doktor untuk tidak berpuasa. 

Namun, apa yang berlaku kepada seorang wanita mengandung ini memang tidak patut.

Disebabkan terlalu lapar, seorang pengguna Twitter @nabeelasara yang mengandung tujuh bulan membuat keputusan untuk makan di sebuah restoran popular di ibu kota. 

Namun, apa yang mengejutkan apabila pelayan dan pengurus restoran tersebut tidak mahu mengambil pesanan dan melarang wanita itu daripada makan di situ. 

Mereka menggunakan alasan pihak Jakim melarang restoran untuk menghidang makanan kepada umat Islam sehingga waktu berbuka puasa. 

\

Menurut @nabeelasara, dia dan suaminya tidak makan di khalayak ramai.

Sebaliknya, mereka memilih tempat yang agak tersorok di dalam restoran terbabit. 

Namun, apa yang lebih memeranjatkan apabila pelayan restoran itu menyoalkan agama wanita itu. 

Wanita tersebut kesal dengan sikap pihak restoran yang tidak bertimbang rasa dengan wanita yang mengandung. 

Walau bagaimanapun, pihak restoran tersebut memohon maaf dan menjelaskan bahawa tiada sebarang notis daripada Jakim yang memerlukan pihak restoran menghalang sesiapa untuk makan. 

Kejadian ini tular sehingga mendapat perhatian Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.


Ada netizen juga berpendapat bahawa wanita mengandung seharusnya makan di rumah dan menghormati bulan Ramadan. 

Namun, Saddiq menepis pandangan itu.


Kejadian seperti ini turut berlaku kepada seorang wanita yang membawa anaknya berumur setahun untuk makan di sebuah restoran di KLIA. 



Netizen turut mencadangkan kerajaan untuk memberi kesedaran terhadap perkara-perkara sebegini untuk ubah persepsi sesetengah masyarakat yang masih berfikiran terhadap wanita mengandung yang tidak boleh berpuasa pada bulan Ramadan.


Jika diteliti, Islam tidak melarang seseorang itu untuk tidak berpuasa sekiranya ia membawa kepada kemudaratan. 

Bahkan Jakim sendiri tidak mengeluarkan apa-apa notis untuk melarang orang ramai untuk makan di restoran. 

Jadi, adakah sesetengah rakyat Malaysia masih mempunyai mentaliti ditakuk lama?

Dimanakah silapnya?