Ibu tertinggal anak di R&R


Budak itu dibawa ke ibunya oleh seorang pekerja stesen minyak Shell - Gambar Facebook


By Nadhirah Sofea Rashid

Seorang wanita berdepan detik cemas apabila menyedari anak perempuannya tertinggal di hentian rehat dan rawat (R&R) Temerloh, petang semalam. 

Menurut Nor Azilla Sunny, mereka sebenarnya dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Terengganu dan singgah di kawasan R&R itu untuk mengisi minyak. 

Ketika kejadian, anak perempuannya bersama seorang lagi anak lelaki pergi ke surau untuk menunaikan solat. 

“Selepas selesai abangnya tidak tunggu adiknya terus datang ke kereta. Mamanya pula yang memandu seorang diri terus hidupkan enjin dan beredar dari situ,” katanya.

Cemas dengan kejadian itu, Azilla menularkan keberadaan anaknya di media sosial untuk mendapatkan bantuan orang ramai sementara dia menunggu di bahu jalan. 

Dengan kuasa viral media sosial, akhirnya anak perempuan Azilla dibawa ke ibunya oleh seorang pekerja stesen minyak Shell yang dikenali sebagai Suria. 

Azilla bersyukur anaknya kembali ke pangkuannya dalam keadaan selamat.

Azilla turut mengucapkan terima kasih buat pekerja Shell tersebut dan netizen-netizen yang membantunya.

Pengalaman balik kampung tahun ini sudah pasti tidak akan dapat dilupakan oleh mereka sekeluarga. 

Buat yang ingin pulang ke kampung halaman, pastikan anda rancang perjalanan anda, dan pastikan semua ahli keluarga ada disamping anda!