Masih Kritikal, Doktor Lakukan CT Scan di Bahagian Otak Adik Afdlin Shauki!


Afdlin Shauki dan Jefri Adzman


Adik kandung kepada produser, pengarah, pelakon dan penyanyi Datuk Afdlin Shauki, Jefri Adzman Aksan dilaporkan masih lagi tidak sedarkan diri selepas terlibat dalam kemalangan yang ngeri di Kota Damansara pada Isnin lalu. 

Afdlin Shauki berkata, ketika ini doktor sedang melakukan CT Scan di bahagian otak Jefri untuk melihat perkembangan beliau.



"Terima kasih semua kerana tidak henti-henti mendoakan adik saya Jefri Adzman Bin Aksan,  seorang yg sangat penyayang  dan ceria sentiasa, Ketika ini, dia masih dalam keadaan tidak sedarkan diri," kata Afdlin. 

Afdlin juga memohon agar sesiapa yang terlihat akan perlanggaran tersebut atau ada merakamkan insiden kemalangan itu dapat berhubung dengannya bagi membantu menyelesaikan kes tersebut. 


Malah, dia juga turut meminta bantuan netizen agar dapat memperkenalkan dia dengan mana-mana pakar bedah Neuro yang terkemuka bagi membantunya mendapatkan khidmat nasihat kedua. 

"Saya ingin meminta jasa baik semua untuk terus mendoakan yang terbaik untuk Jefri yang sangat-sangat kritikal buat masa ini," katanya. 

Jefri kini berada di bawah pengawasan doktor Neuro di Hospital Thompson, Kota Damansara.