Netizen Indonesia Tak Percaya Luna Maya Bercuti Seorang Diri di Amsterdam


Datuk Wira SM Faisal Nasimuddin


Aduh! Ada-ada sahaja netizen Indonesia nih. Dek kerana mahukan sangat usahawan terkemuka, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin yang juga Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Naza mengahwini aktes jelita, Luna Maya, ada sahaja telahan yang mereka buat. 

Selepas mendakwa Faisal bersama keluarga besarnya menemui keluarga Luna Maya di Bali untuk proses peminangan, sekalipun pewaris kepada empayar kolomengrat syarikat automobil terkemuka itu hanya bercuti di pulau yang tersenarai sebagai antara yang tercantik di dunia itu, kini timbul pula dakwaan baru. 

Kononnya, SM Faisal telah bercuti bersama-sama dengan Luna Maya di Amsterdam. Ketika ini, Luna Maya sedang bercuti di sana, manakala SM Faisal pula sudah pulang ke Kuala Lumpur. 


Walaupun SM Faisal telah memuatnaik posting gambar kawasan segitiga emas bangunan berkembar Petronas dengan kapsyen: "Good morning Kuala Lumpur", namun netizen percaya ia hanyalah sekadar suatu cara bagi usahawan yang kini berstatus eligible bachelor untuk mengaburi mata mereka supaya mempercayai dia kini berada di Malaysia. 

Hakikatnya, netizen percaya Faisal benar-benar menemani Luna Maya. 

Seronok juga baca komen-komen netizen Indonesia yang tidak putus-putus mendoakan agar Faisal segera mengahwini Luna Maya. Well, siapa pun yang bakal jadi isteri Faisal, kami di Malaysia akan doakan yang baik-baik sahaja.