Bakal doktor hebat menari!


Sumber: @Haziq_go


By Nadhirah Sofea Rashid

Siapa cakap doktor hanya ulat buku? Pelajar UiTM membuktikan seballiknya!

Bakal doktor-doktor ini sering dikatakan tiada masa untuk bersosial kerana terlalu sibuk dengan study yang tiada penghujungnya.

Mana tidaknya, study bertahun tahun pun masih banyak yang perlu dipelajari.

Namun, baru baru ini sekumpulan pelajar fakulti medik UiTM Sungai Buloh telah menggemparkan sosial media dengan video Aerodance mereka!

Lenggak lenggok yang sama serta tenaga yang hyper sangat menerujakan sesiapa sahaja yang menonton video tersebut!

Video yang dimuatnaik tidak kurang daripada tiga hari telah berjaya mengumpul hampir 30 ribu retweets!

Yang lebih menariknya, video ini telah mendapat perhatian penyanyi hebat, Yuna Zarai!

Pelajar fakulti medik itu telah berjaya merangkul pingat emas bagi persembahan Aerodance bersempena dengan pertandingan Medical InterVarsity Games (MVIG) 2018 yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dikhabarkan, MIVG adalah acara sukan tahunan terbesar bagi pelajar universiti perubatan di Malaysia.

MIVG ke 10 yang dianjurkan oleh Persatuan Pelajar Perubatan Asia (AMSA) Malaysia telah berjaya mengumpul pelajar perubatan dari lebih 30 universiti seluruh Malaysia. Antara acara yang dipertandingkan termasuklah badminton, tennis, futsal dan lain-lain.

Jom lihat video penuh dibawah!