Ucap 'Merry Christmas' harus


Pendakwah luar negara, Imam Mohammad Tawhidi


By Nadhirah Sofea Rashid

Setiap kali menjelang Christmas mesti ada pihak yang cuba mengelirukan umat Islam. Dah saban tahun isu ini diperkatakan dan masih ada yang tidak faham.

Buat pengetahuan semua, hukum mengucap “Merry Christmas” adalah harus!

Ia telah diperjelaskan oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dua tahun lepas, bahawa ucapan yang diberikan merupakan simbol perpaduan untuk masyarakat yang hidup secara majmuk.

Jadi, wajarlah bagi umat Islam untuk mengucapkan 'Merry Christmas' untuk mewujudkan suasana harmoni tanpa niat mengagungkan atau melibatkan diri dalam ritual agama yang dilakukan. 

Tapi baru baru ini tular di laman sosial, seorang lelaki mengatakan bahawa memberi ucapan Hari Natal itu haram bagi umat Islam.

Dah diberitahu berkali kali tentang hukum mengucap "Merry Christmas" tapi masih ada yang tak faham. Apa lagi, netizen terus kecam! 
Bahkan ramai yang memerli dengan mengucapkan 'Merry Christmas' 



Isu ini juga telah mendapat perhatian pendakwah luar negara, Imam Mohammad Tawhidi yang berkongsi bawah ucapan 'Merry Christmas' itu tidak haram, siap ucap 'Merry Christmas' lagi!

Jadi, janganlah cuba mengelirukan orang lain ya. Kesian orang ramai terkeliru dek kerana info palsu yang kita sebarkan.