Kerana vape, rahang dan gigi berkecai


Gigi berkecai akibat vape


By Nadhirah Sofea Rashid

Vape atau rokok elektronik sering dilihat sebagai alat untuk membantu perokok berhenti tabiat mereka. 

Namun, sering kali kita mendengar kes letupan yang berlaku kerana vape ini.

Baru-baru ini, di New Orleans, USA, seorang remaja dikejarkan ke hospital gara-gara pen vapingnya meletup dalam mulut.

Akibat bahana vape, Christopher Krein, 21, kini menanggung kesakitan apabila rahangnya berpecah tiga serta beberapa serpihan logam terbenam dalam mulutnya dan kebanyakkan giginya berkecai!


Menurut laman Fox8live, ibu Christopher, Mailan Krein telah melarang anaknya daripada merokok.

Jadi, sebagai langkah awal, Christopher memilih untuk menghisap vape dengan harapan dapat membantunya berhenti merokok. 

Malang tidak berbau apabila Christopher kini dikatakan memerlukan transfusi darah akibat pendarahan yang teruk.

Christopher pula menyalahkan pengeluar pen vapingnya di atas insiden yang berlaku.

Namun, laman web pengeluar pen itu telah memberi amaran mengenai bateri pen vaping tersebut yang boleh meletup jika digunakan dengan cara yang salah. 

Keluarga Christopher kini berdepan bil perubatan berjumlah hampir RM1.25 juta.

Mereka juga telah melantik seorang peguam untuk mengambil tindakan undang–undang terhadap pengeluar pen tesebut.

Pembaca dinasihatkan untuk lebih berhat-hati apabila menggunakan rokok elektronik ini supaya insiden seperti ini dapat dielakkan.

Juga jangan lupa untuk semak laman web vape yang dibeli, baca manual dan buat research sikit, mana tahu ada sebarang defect.