Sekali lagi! Budak Lelaki Terperangkap Dalam Mesin Dobi


Sumber: Wafie Shafie (Facebook)


By Syafiqah Azman

Satu lagi kes membabitkan dobi layan diri. Terbaharu,satu video viral menunjuk orang ramai menyelamatkan seorang budak lelaki yang terperangkap di dalam sebuah mesin dobi.

Budak lelaki itu dipercayai masuk ke dalam mesin dobi itu sebelum seorang lagi budak lelaki datang dan menutup pintu mesin tersebut. 

Menerusi video berdurasi lebih tujuh minit itu, dilihat budak itu berjaya diselamatkan setelah orang ramai membantu membuka pintu mesin tersebut dengan mengumpil pintunya. 

Video yang dikongsi oleh seorang pengguna Facebook dengan nama Wafie Shafie mendapat perhatian netizen dan rata-rata semua berasa marah dan menyalahkan ibu-bapa kanak-kanak terbabit kerana tidak memantau mereka. 

Kes ini bukan kes yang pertama kalinya, kerana pada bulan Oktober lalu, seorang kanak-kanak turut terperangkap di dalam mesin dobi gara-gara ingin bergurau. Bapa saudaranya telah dipenjarakan dua bulan untuk gurauannya.