Netizen Tanya Kenapa Rambut Ala Cendawan Arrian Hilang?


Tomok & Arrian Shah Kid


Sebaik saja penyanyi Tomok memuat naik posting gambar anak sulungnya, beberapa jam yang lalu, netizen terus tertanya-tanya kenapa rambut ala cendawan Arrian Shah Kid sudah hilang?

 

Posting gambar tersebut menampilkan stail rambut baru Arrian yang sudah pun dipotong dengan lebih kemas dan pendek.

 

Biarpun segelintir netizen beranggapan stail rambut baru Arrian itu berjaya menonjolkan lagi sosok  wajahnya yang kacak, namun tidak kurang juga yang meluahkan rasa 'frust' mereka dengan kehilangan rambut ala cendawan yang lama itu.

 

Arrian sememangnya adalah antara anak selebriti tempatan yang cukup digemari netizen. Selain petah berbicara dan berkemampuan untuk bercakap bahasa Ingeris dan Cina dengan lancar, Arrian juga adalah anak yang bijak dalam mata pelajaran.

 

Wajahnya yang kacak dan trademark rambut ala cendawan yang dmilikinya sebelum ini juga adalah antara sebab mengapa kehidupan peribadi Arrian sentiasa diintai netizen.