Raja Ilya Kahwin Hari Ini, Berkonsepkan Garden Wedding!


Sumber: @rajailya (Instagram)


By Syafiqah Azman

Pelakon drama Tuan Anas Mikael, Raja Ilya menyatakan dia bakal berkahwin dengan jejaka Australia pilihan hatinya, hari ini. Menerusi Instagram video yang dimuat naik semalam, Raja Ilya, 33, berkongsi berita gembira itu dengan memberitahu bahawa dia bakal berkahwin pada hari ini di Perth, Australia. 


Menurut Ilya, majlis yang diadakan adalah secara kecil -kecilan dengan berkonsepkan garden wedding itu hanya akan dihadiri keluarga rapatnya sahaja.

“Terima kasih kepada semua yang menghantar mesej dan ucapan. I really appreciate it,” kata Ilya dalam video tersebut. 

Tambahnya lagi, majlis resepsi rasmi perkahwinannya akan diadakan pada tahun hadapan. 

Dalam video yang sama, dia juga berjanji ingin berkongsi detik bahagia itu bersama peminat di Instagram.

“Sebagaimana yang anda tahu, saya banyak mengalami cabaran selama beberapa tahun ini. Akan tetapi, hari ini, saya ingin mengucapkan rasa syukur kerana impian saya selama ini tercapai. Terima kasih buat doa, sokongan anda selama ini,” tambah Ilya menerusi kapsyen videonya di Instagram. 

Terdahulu, Raja Ilya atau Raja Ramilah Begum Raja Mohammad mengikat tali pertunangan bersama jejaka Australia tersebut yang dipercayai merupakan ahli perniagaan pada Oktober lalu di Pulau Langkawi.