Apa sudah jadi dengan PTPTN?


PTPTN tidak akan dihapuskan


By Huzraifah Atikah

Isu PTPTN adalah antara isu hangat dalam PRU14 and ia merupakan satu daripada faktor yang menyebabkan "vote swing" daripada pengundi.

PTPTN ditubuhkan khas bagi menguruskan pinjaman untuk tujuan pendidikan tinggi dan mengutip bayaran balik pinjaman, menyediakan skim simpanan dan mengurus deposit untuk tujuan pendidikan tinggi.

Jadi apakah yang telah berlaku dalam isu PTPTN?

Pada PRU13 iaitu lima tahun yang lalu, PH (yang sebelum ini dikenali sebagai Pakatan Rakyat) bercadang dalam manifestonya untuk memansuhkan pinjaman PTPTN kerana mahu memberikan pendidikan tinggi percuma buat semua pelajar universiti awam. 

Ini yang di perjuangkan oleh PH pada ketika itu:


Oleh kerana manifesto ini dilihat begitu menarik, maka kebanyakan ‘mindset’ masyarakat telah kekal memikirkan bahawa PH akan tetap dengan manifesto untuk hapuskan PTPTN dan memberikan pendidikan percuma.

Bagaimana pun, pada PRU14, PH telah mengubah manifesto dan mengatakan PTPTN itu tidak akan dihapuskan. Sebaliknya, PH berjanji untuk membenarkan peminjam PTPTN menangguhkan bayaran balik jika gaji kurang daripada RM4,000 sebulan dan juga memansuhkan dasar senarai hitam ke atas peminjam. 

Tapi disebabkan ‘mindset’ masyarakat masih berfikiran PH akan hapuskan PTPTN dan tidak sedar bahawa pemansuhan PTPTN tidak akan lakukan.


Sehingga hari ini, ramai masih berfikir bahawa janji PH adalah untuk mansuhkan PTPTN kerana itu yang di perjuangkan oleh mereka sejak lima tahun lalu.