Pak Nil Dapat Hadiah X70 'Merah' Dari Proton


Pak Nil dengan kereta baharunya, Proton X70


Mesti ramai netizen yang 'geram' melihat model terbaharu kereta SUV nasional pertama,  X70 yang baru sahaja dikeluarkan Proton Holdings Sdn Bhd serta berusaha untuk mendapatkannya. 

Tetapi kalau anda adalah selebriti dan pengacara TV yang berpengaruh seperti Datuk Aznil Haji Nawawi, X70 yang dihasilkan sebagai kenderaan SUV mampu milik untuk semua rakyat Malaysia ini,  pasti cepat dan mudah sahaja sampai di depan rumah anda. 

Lebih-lebih lagi apabila ia dihadiahkan sendiri oleh Proton. Yup! Proton telah menghadiahkan Proton SUV x70 rona merah yang cukup menarik kepada Pak Nil dan Pak Nil telah berkongsi berita itu menerusi entri di dalam instagramnya peribadinya. 

"Sampai rumah dah my #x70. Terima kasih Proton untuk kereta yang cantik ini. Permulaan tahun baru 2019 yang menarik," tulis Pak Nil. 

Posting tersebut telah mengundang pelbagai reaksi yang menyeronokkan daripada netizen dan kebanyakannya mengucapkan tahniah buat Pak Nil serta memuji warna dan rekabentuk kereta itu. 

Malah ada yang meminta Pak Nil untuk membuat rebiu kereta itu dengan secepat mungkin. Kita sama-sama tunggu ya...