Wanita rendam telefon teman lelaki dalam steamboat


Video kredit China Vientiane


By Nadhirah Sofea Rashid

Gara-gara terlalu ketagih bersosial di alam maya, seorang lelaki terpaksa menanggung kesedihan apabila telefon pintar miliknya direndam teman wanita. 

Kejadian yang berlaku di China ini terjadi apabila wanita tersebut berang kerana teman lelakinya yang sibuk memain telefon sehingga tidak memberi perhatian kepada makan malam mereka itu.

Setelah bertelingkah, wanita tersebut bertindak merendam telefon milik lelaki itu ke dalam sebuah hidangan steamboat yang sedang hangat mendidih.

Video berdurasi seminit itu memaparkan wanita itu terus beredar setelah merendam telefon bimbit tersebut. 

Seorang pelayan juga dilihat membantu lelaki tersebut mengeluarkan telefonnya dari rendaman steamboat itu.

Namun, telefon itu tidak dapat dipastikan sama ada masih boleh digunakan atau sebaliknya.

Lapor China Press, video yang ini dirakam pada Disember tahun lepas di Restoren Chongqin.

Inilah yang dikatakan ketagihan yang membawa padah.

Ketagihan terhadap sesebuah gadget menjadi satu penyakit bagi sesetengah orang sehingga terlupa dengan dunia yang nyata.

Interaksi sesama manusia semakin pudar walapun berada di satu meja. 

Oleh yang demikian, luangkan lah masa dengan yang tersayang sebaiknya, jangan sampai telefon anda yang direndam pula!