Budak menangis mahu ke tadika


Video ihsan Yaya Hanzah


By Nadhirah Sofea Rashid

Seperti biasa, setiap kali bermulanya sesi persekolahan, pasti ada adegan-adegan sedih sehingga menitiskan air mata bagi kanak-kanak tadika atau Tahun Satu yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke sekolah.

Macam-macam ragam kanak-kanak ini, ada yang meronta-ronta mahu ikut ibu bapa pulang, ada yang menangis di pintu kelas dan macam-macam lagi.

Sudah tentu ia menjadi cabaran yang besar bagi ibu-bapa dan guru-guru untuk memujuk mereka supaya tidak menangis lagi.

Tapi lain pula yang terjadi kepada seorang kanak-kanak dari Johor ini.

Budak yang dikenali sebagai adik Syahmi, 5, menangis hendak ke sekolah walaupun Johor cuti pada hari Jumaat.

Jumaat dan Sabtu merupakan cuti hujung minggu buat negeri Johor dan beberapa negeri lain. 

 “Syahmi nak apa?” soal ibunya.

“Nak sekolah!,” jawabnya teresak-esak.

Video pendek ini dirakam oleh ibunya dan dimuatnaik di Facebook Yaya Hanzah pada hari Jumaat lalu.

Ini merupakan tahun pertama Syahmi pergi ke tadika.

Mungkin terlalu seronok di tadika, sehingga mahu pergi walaupun cuti.

Semoga Syahmi dapat mengekalkan semangat ini hingga pengajian tinggi, ya!