Gadis peluk buaya jinak


Video kredit Denaihati


By Nadhirah Sofea Rashid

Buaya dikenali sebagai haiwan yang liar. Tersilap langkah, anda boleh dibaham buaya.

Banyak kita dengar kes-kes kematian yang membabitkan buaya.

Sesetengah orang akan lari jika terserempak dengan buaya.

Namun, bagi gadis di Kelantan ini, lain pula ceritanya.

Tular di media sosial apabila gadis bernama Azy Nadia Aziz, 22, memeluk seekor buaya dengan begitu selesa.


Azy dikatakan menemui buaya itu ketika ia berkeliaran di belakang rumah. 

Melalui video berdurasi 15 saat itu, buaya tersebut kelihatan begitu jinak dan selesa berada di atas pangku Azy.

Keberanian gadis ini memeluk haiwan reptilia ini menarik perhatian ramai netizen apabila video yang dimuat naik di laman sosial Facebooknya tular sejak Selasa lalu.

“Saya lihat buaya itu tidak bergerak dan tidak agresif. Saya terus menangkap dan membawanya masuk ke rumah,” ujarnya kepada Harian Metro.

Ramai juga mengecamnya sejurus video itu tular.

Ada yang mengatakan Azy umpama sengaja mencari nahas dan menyangkakan Azy memelihara buaya tersebut. 

“Saya mohon mereka tidak terus mengecam saya kerana saya tidak memelihara reptilia itu. Saya hanya bergambar dan melepaskan buaya tersebut ke sungai malam itu juga,” ujarnya lagi.