Kerana Sibuk Dengan Kerja, Zayn & Gigi Berpisah


Zayn Malik dan Gigi Hadid dilaporkan telah berpisah


By Syafiqah Azman

Penyanyi Hollywood, Zayn Malik dikatakan berada dalam keadaan yang tidak baik setelah dikhabarkan berpisah dengan teman wanitanya yang juga merupakan seorang model iaitu Gigi Hadid. 

Menurut laporan Celebrityinsider, pasangan tersebut dikatakan telah bergaduh selama beberapa bulan dan akhirnya membuat keputusan untuk memutuskan hubungan mereka. 

Sebelum ini, muncul spekulasi pasangan tersebut sudah berpisah apabila peminat mula sedar yang Zayn dan Gigi tidak lagi berkongsi gambar mereka bersama di laman Instagram sejak Oktober lalu. 


Kali terakhir Zayn dan Gigi dilihat bersama adalah pada 22 October tahun lalu menerusi Instagram Gigi sendiri yang berkongsi satu gambar mereka bersama dengan kapsyen ‘Flying home to my happy place’. 

Menurut laporan In Touch Weekly pula, pasangan tersebut berpisah dek kerana kesibukkan kerja yang membuatkan mereka berdua jarang meluangkan masa bersama. 

Gigi yang sibuk dengan kerjaya modelnya membuatkan dia perlu mengembara ke seluruh negara dan dalam pada masa yang sama, Zayn sibuk di studio membuat rakaman lagu barunya. 

Pasangan ini mula menjalinkan hubungan bersama pada 2015 dan dikatakan berpisah pada Mac tahun lalu. Seperti perpisahan yang lalu, Zayn Malik tidak lagi mengikuti Gigi Hadid di kesemua laman sosial media. 

Apa-apa pun, Min akan sentiasa doakan kedua-duanya supaya sentiasa bahagia.