Pelajar IPG mengadu kesempitan wang selepas elaun dipotong


Rata-rata mereka mengatakan wang elaun setelah dipotong tidak mencukupi. Gambar daripada Google.


By Nadhirah Sofea Rashid

Kecoh di laman sosial Twitter mengenai elaun sara hidup pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) dipotong.

Isu ini timbul apabila Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin atau KJ menanyakan mengenai isu itu di laman Twitter peribadi beliau. 

Sebenarnya, elaun sara hidup ini telah pun diberhentikan sejak pengambilan pelajar di peringkat Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) pada Jun 2018.  

Pelajar IPG sebelum ini terikat dengan satu kontrak perjanjian di mana mereka diberikan elaun setiap bulan sebanyak RM500 hingga RM800 selama 5 tahun bergantung kepada kedudukan IPG tempat mereka menuntut.

Namun bermula Jun 2018 elaun bulanan semua pelajar IPG di seluruh Malaysia telah dipotong dan elaun mereka diseragamkan kepada hanya RM430 sebulan.



Namun, apa yang lebih mustahak adalah ramai pelajar IPG mengadu tidak mempunyai wang yang cukup dimana mereka terpaksa menghabiskan wang tersebut untuk pembelian buku dan alat-alat bantu mengajar.




Berikutan banyak aduan diterima, Khairy dalam satu lagi tweet mengatakan beliau akan membawa masalah ini ke parlimen untuk diselesaikan. 

Diharapkan agar kerajaan mempertimbangkan semula elaun yang patut diberi kepada pelajar IPG selaras dengan kos hidup yang tinggi kerana pelajar-pelajar inilah yang bakal menggantikan warga pendidik di masa hadapan.