Capati dan luka terbuka


Viral seorang tukang uli di restoran mamak menguli capati dengan jari yang luka. Gambar daripada Twitter.


By Nadhirah Sofea Rashid

Kalau nak pilih tempat makan mestilah makanannya sedap, menarik, murah dan paling penting bersih!

Bersih bukan dari segi persekitaran tetapi bersih dari segi alatan memasak dan juga tukang masak itu sendiri.

Haa, bayangkanlah kalau makanan sedap tapi tukang masak tak bersih.

Inilah yang perkara yang viral di laman sosial Facebook dan Twitter semalam. 

Menerusi satu posting Aidil Nezam di Facebook, dia yang merupakan seorang jurugambar telah menyertai satu operasi bersama DBKL di sebuah restoran mamak.

Semasa operasi, mereka terkejut apabila melihat jari tukang uli capati itu mempunyai luka yang terbuka.


Aidil juga berkongsi bahawa tukang uli itu tidak memakai sarung tangan atau penutup kepala. 


Sudah tentunya ini satu tindakan yang tidak bersih dan boleh mendatangkan wabak penyakit. 

Peringatan untuk semua supaya periksa keseluruhan kedai dahulu sebelum menjamu selera di sana. Bukan apa, takut makanan yang dimakan membawa penyakit pula.