Kunyit & Manjakani Buat Luka Nanah


Serbuk kunyit dan manjakani bukan ubat untuk luka


By Syafiqah Azman

Zaman sekarang semua informasi mudah untuk diperolehi. Hanya perlu pergi sahaja ke laman sosial, memang segala info ada! 

Bukan sahaja itu, malahan pengamal perubatan seperti doktor juga tidak ketinggalan untuk berkongsi pelbagai tips kesihatan yang mereka tahu kepada warga netizen. Mudah bukan? 

Terkini, seorang pengamal perubatan yang dikenali sebagai Dr Izzat (@muhammadeizat) di laman Twitter berkongsi maklumat mengenai penggunaan kunyit dan manjakani yang dilakukan oleh pesakitnya.


Menerusi post yang dimuat naik itu, Dr Izzat turut menunjukkan luka pembedahan caesarean yang kelihatan seperti kekuningan dan berwarna coklat kehitaman. 


“Saya sapu kunyit dan manjakani doktor. Ada orang cakap bagus untuk sembuhkan luka operation. Saya pun try lah,” kata pesakit tersebut. 

Sesetengah orang zaman sekarang ini mudah sangat percaya dengan apa yang dikatakan oleh orang lain terutama sekali testimoni yang terdapat dalam laman sosial. Lihat apa yang dah jadi? 

Dalam pada itu, Dr Izzat juga turut berkongsi beberapa kategori pesakit yang mudah terkena jangkitan kuman pada luka caesarean. Antaranya ialah mereka yang menghadapi obesiti, kencing manis dan mereka yang menjalani pembedahan caesarean secara kecemasan.


Penting disini adalah, mereka yang melalui pembedahan secara caesarean perlu dirawat dengan teliti supaya jangkitan kuman dapat dielakkan.  

Dr Izzat turut menasihati orang ramai supaya tidak menyapu benda yang tidak sepatutnya di bahagian luka berkenaan. Hanya perlu gunakan air mandian biasa untuk membersihkan bahagian luka tersebut dan keringkannya seperti biasa. 

“Jangan gatal nak sapu tepung ubi kayu, serbuk kari atau serbuk kunyit kat luka operation,” tulisnya berseloroh. 

Haa ingat tu! Perkara sebegini jangan di buat main dan dengar apa kata doktor anda. Jangan buat perkara sembarangan kerana badan kita ni nak pakai lama, betul tak? Kalau ada sebarang masalah, terus ke klinik atau hospital bukan ke Instagram ya!