Terima parcel atas pelamin


Syafini didatangi seorang posmen ketika sedang bersanding - Gambar daripada Twitter


By Nadhirah Sofea Rashid

Shopping sudah menjadi lumrah bagi sesetengah wanita terutamanya dengan kewujudan sistem beli online.

Jadi makin mudahlah bagi wanita-wanita ini menghabiskan masa dengan shopping.

Bayangkan, sedang asyik bergaya merakamkan memori indah di hari pernikahan, tiba-tiba didatangi seorang posmen meminta tandatangan atas barang yang dikirim.

Inilah apa yang berlaku kepada Nur Syafini Afni Mohd Yatim yang sedang melangsungkan majlis akad nikah, apabila didatangi abang posmen untuk meminta tandatangan bagi menyerahan bungkusan pos laju.

Syafini berkata dia tidak menyangka tudung yang dibeli itu akan tiba pada hari pernikahannya. 

“Ketika sedang bergaya di pelamin mini untuk merakamkan gambar, saya didatangi posmen yang meminta tandatangan bagi bungkusan pos laju mengandungi tudung yang saya beli.

“Saya langsung tidak menyangka tudung yang dibeli kira-kira seminggu sebelum ini akan tiba pada hari nikah kami, malah saya hampir terlupa tentangnya,” lapor Harian Metro.

Detik manis itu dikongsi Syafini menerusi akaun Twitter miliknya sehingga menjadi tular.

Ketika menyerahkan bungkusan itu ke tangannya, Syafini agak tercengang dan posmen itu juga nampak malu-malu mungkin kerana tidak menyangka penerima bungkusan kali ini ialah pengantin.

Suasana bertambah gambat apabila Syafini berkata keluarganya ketawa dan memperlinya sempat shopping online.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada abang posmen itu dan ada menjemputnya makan dulu namun dia menolak secara baik sambil memberitahu masih banyak bungkusan yang perlu dia hantar dan bimbang tidak sempat dihantar.

“Saya hanya sempat memberikan bunga telur dan cenderamata saja sambil turut merakamkan gambar kenangan,” katanya.