Netizen Bengang Sufian Suhaimi Guna Perkataan 'N'


Sufian Suhaimi menukar kapsyen gambar setelah menerima banyak kecaman


By Syafiqah Azman

Penyanyi bagi lagu Di Matamu, Sufian Suhaimi, 27, baru-baru ini memuat naik satu gambar di Instagram miliknya berserta kapsyen yang membuatkan netizen bengang. Kenapa pula ni? 


Kapsyen yang membawa maksud ‘Serious, n**g*’ itu menunjukkan satu tindakan yang rasis terhadap orang Afrika. Bagi mereka yang bukan berkulit hitam dan orang Afrika, perkataan ‘n’ itu tidak patut disebut. 

Menerusi kapsyen yang berbaur satu penghinaan itu menjadi tumpuan netizen apabila rata-rata meninggalkan komen menyuruh Sufian untuk memadam post tersebut. 


Perkataan ‘n’ itu adalah istilah penghinaan merujuk kepada kaum Afrika, berkulit hitam kerana pada zaman dahulu, orang putih menggunakan kaum Afrika ini sebagai hamba dan mereka ditindas dengan teruk sehinggakan mati sebab diseksa. 

Mungkin Sufian tidak tahu mengenai hal tersebut? 

Setelah menerima banyak komen dari netizen, Sufian menukar kapsyen gambar tersebut kepada ‘yelah’. 


Hm rasanya Sufian sendiri perlu memohon maaf atas kekhilafannya dalam menulis kapsyen? 

Sufian merupakan salah satu finalis yang mara ke peringkat akhir Muzik Muzik ke-33 dan melayakkan dirinya ke pentas gah Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33), yang bakal berlangsung pada 3 Februari hadapan di Axiata Arena. 

Kepada mereka di luar sana, baik artis ataupun tidak, elakkan dari mengguna perkataan yang kita sendiri tidak mengerti maksudnya. Setidaknya, Google la dahulu sebelum memuat naik sesuatu post ya?