Pakar buah pinggang beri amaran!


Sesetengah masyarakat senang terpengaruh dengan produk kesihatan di Internet tanpa memeriksa - Gambar daripada Google


By Nadhirah Sofea Rashid

Mengubati sesuatu penyakit tiada jalan pintas.

Apatah lagi penyakit kronik seperti penyakit buah pinggang, kencing manis atau darah tinggi. 

Penyelidik mengambil masa bertahun-tahun untuk mengkaji rawatan atau ubat yang benar-benar selamat untuk digunakan.

Kesedaran yang kian meningkat tentang kesihatan telah melahirkan satu industri supplemen dan ubatan alternatif. 

Syarikat-syarikat yang terlibat dalam industri ini kini menggunakan taktik pemasaran yang baru - menggunakan selebriti atau ‘social media influencer’ untuk mempromosikan produk mereka.

Tetapi ini telah membawa kesan sampingan yang tidak diduga.

Ramai orang hanya mempercayai apa yang yang dibaca di media sosial, terutamanya "review" daripada selebriti. 

Mereka terus mencuba apa-apa produk yang dipromosi tanpa membuat kajian mereka sendiri, samada produk itu sesuai untuk mereka atau tidak.  

Pakar buah pinggang Dr Rafidah Abdullah memberi amaran bahawa trend ini mengelirukan masyarakat.

“Jangan sesekali sebut perkataan buah pinggang dalam review anda,” tegasnya kepada selebriti dan selebriti internet. 

Dr Rafidah mendakwa ramai telah dikejarkan ke hospital gara-gara mencuba produk tersebut.

“Yang ini dah masuk kawasan saya dan bagi pihak rakan-rakan, kami tidak benarkan sesiapa pun kata produk mereka selamat untuk buah pinggang. 

“You have no idea how many people landed in hospital. Yang terkena, sila simpan bukti dan beritahu doktor merawat untuk hubungi saya. Kita saman mereka ya," katanya dalam status di Facebook


Dr Rafidah juga mengingatkan mereka agar mematuhi panduan khas tentang pengiklanan produk kesihatan.

"‪Harap semua selebriti tahu tatacara yang betul. Jangan bagi alasan tak munasabah. Saya tahu denda sedikit, tapi janganlah menipu masyarakat Malaysia. Tak rasa bersalah sedikit pun ke?‬," ujarnya. 

Panduan khas selebriti tentang pengiklanan produk kesihatan boleh didapati di pautan: Pautan KKM

Dr Rafidah merupakan seorang pakar buah pinggang yang aktif di Facebook dan Twitter, memerangi produk-produk kesihatan yang berbahaya dan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya produk kesihatan yang tidak mempunyai kelulusan. 

Semoga masyarakat menjadi lebih peka dan berhati-hati dalam pengambilan produk-produk kesihatan ini.