Kata Ari Lasso, Ahmad Dhani Tiada Dalam Konsert Dewa 19 Reunion


Ahmad Dhani tidak ikut serta Konsert Dewa 19 Live in Malaysia


By Syafiqah Azman

Semalam pihak penganjur Konsert Dewa 19 Reunion Live in Malaysia feat Ari Lasso & Once Mekel iaitu Nizra Production sudah pun mengesahkan bahawa konsert itu tetap akan diteruskan dan tiada sebarang pembatalan atau penundaan berikutan insiden penahanan Ahmad Dhani. 

Namun, susulan daripada itu, timbul tanda tanya bahawa adakah Ahmad Dhani akan ikut serta dalam konsert Dewa 19 yang bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada Sabtu ini.

Akan tetapi, bekas penyanyi utamanya iaitu Ari Lasso telah memberi jawapan menerusi posting yang dimuat naik di Instagram peribadinya. 

BACA: Adakah Ahmad Dhani Bakal Muncul Dalam Konsert Dewa 19 Reunion? 

Posting gambar berserta kapsyen itu menyatakan meskipun tiada Ahmad Dhani, konsert masih akan berlangsung seperti biasa dan tiada sebarang penundaan. 


“Tidak ada yang berubah meski bro @ahmaddhaniofficial tidak bisa ikut bergabung. Sampai ketemu,” tulis Ari Lasso di kapsyen gambarnya. 

Jadi betul la Ahmad Dhani tidak akan ikut serta dalam konsert Dewa 19 yang bakal berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam, Sabtu ini. Tapi logik juga, sebab kalau dah dijatuhkan hukuman, mana boleh keluar begitu sahaja, betul tak? 

Menurut laporan media Indonesia, Ahmad Dhani yang pengasas kepada kumpulan Dewa 19 yang juga merupakan gitaris utama serta vokalis kumpulan tersebut dijatuhkan hukuman penjara selama 18 bulan atas kesalahan menyebarkan kata-kata kebencian di laman sosial. Dan atas sebab tersebut, Ahmad Dhani tidak dapat membuat persembahan bersama Dewa 19 nanti. 

Apa-apa pun kita tunggu sahaja kenyataan rasmi daripada pihak penganjur iaitu Nirza Production atas kenyataan Ari Lasso ini dan kepada peminat kumpulan Dewa 19, jangan bersedih.