Pasangan suami isteri viral, cuit hati netizen


Pasangan suami isteri tersebut bermain Pie Face ketika sambut hari jadi si isteri - Gambar daripada LobakMerah.


By Nadhirah Sofea Rashid

Usia yang lanjut bukan penghalang bagi pasangan comel ini menjalani detik-detik indah bersama.

Walaupun banyak kisah-kisah sweet dan romantik antara pasangan di laman sosial, rasanya belum boleh mengalahkan pasangan yang telah pun lanjut usianya.

Viral sebuah video di Twitter yang mengisahkan sepasang suami isteri menyambut ulang tahun kelahiran si isteri dengan permainan Pie Face. 

Video yang dimuat naik oleh anak kepada pasangan tersebut, Meme Muhammad viral dengan hampir 44 ribu retweets!

Video tersebut boleh didapati di pautan ini: Meme Muhammad 

Video berdurasi 14 saat itu mencuit hati ramai netizen. Hampir 400 ratus komen membanjiri tweet Meme itu.

Rata-rata netizen berharap agar mereka juga turut mempunyai hubungan erat seperti pasangan suami itu. 

Mereka turut mendoakan kesejahteraan pasangan ini untuk kekal bersama sehingga ke hujung nyawa.