Fathia Latiff: Saya Masih Lagi Seorang Perempuan


Wanita Yang Didakwa Fathia Latiff


Betulkah Fathia Latiff sudah bertukar menjadi Tomboy? Itulah pertanyaan yang diterima team Youth Connect mengenai status jantina pelakon cantik itu. 

Pertanyaan itu diajukan segelintir netizen ekoran daripada tularnya sebuah video rakaman berdurasi kurang daripada seminit yang memaparkan aksi seorang wanita yang mirip sekali wajahnya. 

Dalam video itu, wanita yang mirip Fathia itu bukan saja dilihat menyanyi bersama penyanyi yang diiringi band muzik di sebuah kafe tetapi juga tidak berhijab dan potongan rambutnya juga sangat pendek dan kelihatan seperti lelaki. 

Hal itu telah mencetuskan spekulasi di kalangan netizen, Namun, apabila Fathia telah mengesahkan wanita itu adalah dirinya menerusi IG Story miliknya, netizen tertanya-tanya mengapa Fathia sanggup membuka hijabnya di khalayak ramai. 

Namun, itu yang lebih besar yang meninggalkan tanda tanya adalah mengapa Fathia menampakkan dirinya seperti seorang lelaki dengan potongan rambut sebegitu. Adakah dia mahu bertukar menjadi Tomboy? 

Mengambil sikap berdiam-diri daripada memberikan sebarang kenyataan kepada pihak media, Fathia bagaimanapun telah memuat naik sebuah posting beberapa jam lalu dengan kapsyen: "Im still a G". 


Tidak sukar meneka apa yang cuba disampaikan Fathia itu. Dalam erti kata lain, Fathia cuba menyatakan kepada netizen bahawa dia masih lagi seorang perempuan dan secara tidak langsung ia membawa makna bahawa potongan rambut itu hanyalah sekadar fesyen semata-mata.