Tiada Adab & Bahasa Punca PA Sajat Lempang Pekerja Farmasi


Sajat tampil beri penjelasan isu mengenai pembantu peribadinya


By Syafiqah Azman

Viral video mengenai seorang individu memukul dan menyerang seorang pekerja perempuan di khalayak ramai. Mangsa yang merupakan seorang pekerja farmasi di sebuah farmasi beli belah popular Kuala Lumpur, dipercayai dilempang oleh ‘perempuan’ tersebut. 

Menerusi video tersebut, individu terbabit dilihat menarik mangsa keluar dari farmasi dan melempang mangsa tersebut sebanyak 3 kali. 


Atas kongsian netizen, mangsa yang dilempang itu telah pun membuat laporan polis mengenai kes serangan ke atasnya dan mendakwa individu yang menyerangnya adalah pembantu peribadi usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat. 


Menurut laporan polis yang dikongsi, mangsa dikatakan mengalami beberapa kecederaan di jari dan muka, malah turut menambah bahawa telefon bimbitnya hilang dan dipercayai diambil oleh seseorang sewaktu kejadian tersebut berlaku. 

Kenapa sampai lempang orang di khalayak ramai ni? 

Ekoran insiden tersebut, Sajat tampil memberi kenyataan bahawa pembantu peribadinya memukul mangsa kerana wanita itu tidak mempunyai adab dan bahasa apabila memberi komen di laman sosial. 

Bukan itu sahaja, malah pembantu peribadi Sajat yang dikenali dengan nama @diamonds_bella di laman Instagramnya pernah dipanggil dengan gelaran anjing oleh mangsa berkenaan. Tidak tahan dengan kata-katanya, pembantu peribadi Sajat pergi menyerangnya di tempat kerja mangsa. 

“Kan dah kena, bertembung buku dan ruas. Awak pun nak mengata orang, benci orang atau menyampah dengan orang sekali pun, cuba tengok diri awak,” tulis Sajat di laman Instagramnya. 


Akan tetapi, perlu ke sampai menyerang dan memukul seseorang individu di khalayak ramai? Bukankah negara kita ada undang-undang? 

Apa-apa pun, kepada kedua-dua belah pihak, harap dapat menyelesaikan perkara ini dengan baik. Tidak perlu la sehingga ada sesi tampar menampar.