Wow! Daiyan Trisha Bergabung Dengan Sam Tsui Demi Lagu Baru


Kombinasi Daiyan Trisha dan Sam Tsui dalam lagu baharu


By Syafiqah Azman

Pelakon dan penyanyi muda anggun dan juga menawan, Daiyan Trisha bakal bekerjasama dengan penulis lirik lagu Amerika terkenal, Sam Tsui. Tahniah Daiyan! 

Menerusi laman Instagramnya, Daiyan memuat naik beberapa video dan gambar di ruangan story dengan menyatakan bahawa mereka berdua sedang menghasilkan lagu buat peminat mereka. 


“We are making some beautiful music…,” kata Sam Tsui dalam video berkenaan. 

Tidak dinafikan, Sam Tsui yang popular dengan lagu-lagu yang dinyanyikannya di laman YouTube pernah menjadi bualan wanita kerana wajah tampan dan suara merdunya apabila menyanyikan lagu popular dari penyanyi seperti Adele, Lady Gaga dan juga Britney Spears. 

Ternyata ini merupakan salah satu kejutan Daiyan buat peminatnya! Tak sabar nak dengar lagu baru Daiyan nanti. 

Terdahulu, nama Daiyan pernah menjadi bualan netizen apabila gimik yang dilakukannya buat single terbaru berjudul Langit itu mendapat banyak kritikan. 

Apa-apa pun, tahniah buat Daiyan atas projek yang dilakukan bersama Sam, dan buat peminat Daiyan dan juga Sam, nantikan lagu terbaru dari mereka berdua!