Pelajar tampal sendiri pintu kelas yang reput


Tiga orang pelajar sedang berusaha menampal pintu yang berlubang - Video Milo Suam


By Nadhirah Sofea Rashid

Tular di Twitter dengan satu video yang menunjukkan keadaan daif sebuah sekolah di Kapit, Sarawak.

Keadaan sekolah yang daif itu memaksa para pelajar menampal pintu kelas yang berlubang dan reput setelah lama tidak diselenggara.

Video 36 saat itu dirakam dan dimuat naik oleh seorang guru sekolah tersebut, Syauqi Abu.

Syauqi meluahkan perasaannya apabila melihat tiga orang pelajarnya berusaha untuk menampal pintu kelas yang reput itu. 


Syauqi turut mendakwa bahawa dia telah membuat aduan mengenai hal ini berpuluh kali kepada pihak atasan.

Namun, aduannya seperti tidak diendah.

"Aku harap tak ada yang tersinggung bila aku adu macam-macam. Aku cuma nak orang tahu apa sebenarnya yang berlaku. Dah berpuluh kali gunakan saluran yang betul tak ada perubahan," tulisnya.

Seorang lagi pengguna Twitter, @k_izzuddin turut mendakwa guru-guru diancam apabila menyuarakan tentang masalah sekolah yang mereka alami.




Kementerian Pendidikan diseru netizen untuk segera bertindak proaktif dalam menyelesaikan masalah-masalah ini agar anak-anak dapat belajar dengan selesa.