Maskot Doraemon rupa-rupanya seorang makcik


Tular di Twitter seorang maskot Doraemon kelihatan sedih - Gambar daripada Twitter


By Nadhirah Sofea Rashid

Kita sering melihat maskot-maskot berkostum kartun seperti Mickey Mouse, Hello Kitty, Doraemon dan macam-macam lagi.

Kehadiran maskot-maskot ini menambah lagi keceriaan terutamanya kanak-kanak.

Tapi pernah tak terfikir siapa disebalik maskot itu? 

Baru-baru ini gempar di media sosial apabila tular sekeping gambar yang menunjukkan seorang individu memakai kostum Doraemon kelihatan sedih keseorangan di tepi pantai Teluk Cempedak, Pahang.

Doraemon merupakan rancangan kartun kegemaran kanak-kanak dan juga orang dewasa. 

Melihat maskot Doraemon yang kurus dan duduk berseorangan di tepi pantai ini telah menyentuh beberapa netizen. 

Menerusi satu perkongsian di Facebook I Love Pahang, identiti individu dalam maskot Doraemon pun didedahkan dan rupa-rupanya ia merupakan seorang makcik yang sudah lanjut usianya.

Makcik tersebut dikatakan ingin menghabiskan usianya dengan menceriakan orang ramai disamping mencari rezeki. 

Seorang pengguna Facebook yang mengenali makcik tersebut meminta orang ramai menghulurkan sumbangan kepada makcik ini sebagai tanda penghargaan.

Ramai netizen meluahkan rasa sedih dan mendoakan kesejahteraan makcik tersebut.



Semoga makcik tersebut berada dalam keadaan yang baik.

Jika anda menemukan makcik tersebut atau mana-mana maskot yang hadir untuk menceriakan suasana, janganlah dibuli atau dikacau kerana mereka hanya mencari rezeki.