Kanak-kanak didera ibu kandung mengunakan senduk


Kanak-kanak didera sehingga bengkak dihujung mata dan hidung berdarah - Gambar daripada WhatsApp


By Nadhirah Sofea Rashid

Saban hari kita dikejutkan dengan pelbagai kes penderaan kanak-kanak yang bukan hanya menyebabkan kecederaan tetapi ada juga sehingga membawa kepada kematian. 

Rakyat Malaysia dikejutkan dengan kes penderaan kanak-kanak apabila seorang bayi berusia 26 bulan yang dibunuh secara kejam selepas didera oleh teman lelaki ibu kandungnya pada tahun 1990. 

Kes itu menyedarkan rakyat Malaysia bahawa bahaya keganasan domestik terhadap kanak-kanak sehingga kerajaan memperkenalkan Akta Perlindungan Kanak-kanak 1991.

Pelbagai kaedah dan cara telah dilakukan bagi mengelak kes penderaan kanak-kanak bertambah parah.

Namun, hampir setiap tahun kes ini meningkat. 

Terbaharu, sebuah video tular yang menyaksikan seorang kanak kanak lelaki berusia tiga tahun didera oleh ibu kandungnya sendiri menggunakan sebatang senduk yang telah patah.

Kanak-kanak malang itu ditampar berkali-kali di pipi kanan sehingga kanak-kanak itu bergolek di atas lantai simen di rumahnya dekat Setapak.

Kejadian itu telah menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan seperti hidung berdarah, bengkak di hujung mata sebelah kira dan luka di kepala. 


Ini bukanlah pertama kali kanak-kanak itu didera, kanak-kanak tersebut telah banyak kali dipukul sebelum ini. 

Pengirim video tersebut tidak berani membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan dirinya kerana dia menyewa bilik di rumah ibu kanak-kanak tersebut. 

Seorang individu, Vinosh Raj Athimulam telah membuat laporan polis sejurus dia melihat video tersebut. 

Dikhabarkan dia tinggal berhampiran dengan rumah kanak-kanak malang itu. 

Lihat video penuh di bawah


Menurut statistik, sekurang-kurangnya 2,000 kanak-kanak di Malaysia dilaporkan menjadi mangsa penderaan dan pengabaian kanak-kanak setiap tahun. Dan ia hanya melibatkan kes yang dilapor, kes yang tidak dilaporkan mungkin berganda-ganda.

Walaupun telah diwujudkan akta khusus untuk memben­dung jenayah ini, kes penderaan dan penganiayaan kanak-kanak ini tiada kesudahannya. 

Kes penderaan ini menjadi-jadi walaupun hukuman berat telah dikenakan kepada pesalah sebelum ini.

Bagaimanakah kesudahannya?