Ara Johari Tuju Posting 'Maut' Buat Haters


Ara terima kritikan yang diberi orang ramai


By Syafiqah Azman

Walaupun sudah hampir seminggu Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-33 melabuhkan tirainya pada Ahad lalu, masih ramai lagi yang mempertikaikan kemenangan lagu Bunga nyanyian Ara Johari mendapat gelaran Naib Juara itu. 

Macam juri pula ya netizen ni? Tapi kenapa ramai yang tak berpuas hati? Teruk sangat ke lagu itu serta persembahan Ara? 


Menerusi Instagram peribadinya, Ara ada memuat naik satu foto menunjukkan persembahannya pada malam itu berserta kapsyen yang ditujukan kepada mereka yang tidak berpuas hati terhadap kemenangannya. 

“Bencilah aku semahu mu, makilah aku sepuas mu, aku anggap ini ujian, atas rezeki yang ku terima” tulis Ara menerusi kapsyen foto tersebut. 

Kapsyen tersebut menyatakan bahawa Ara seolah-olah mengambil kritikan yang diterima sebagai satu sudut positif dan menganggap ini merupakan satu ujian dari Allah SWT. Tambahnya lagi, dia turut berterima kasih kepada mereka yang telah mengkritik persembahan pada malam tersebut. 

Di ruangan komen gambar tersebut, ternyata ada segelintir netizen masih lagi meninggalkan komen-komen yang negatif dan berbaur kutukan itu. 


Meskipun begitu, masih ramai lagi rakan-rakan artis dan peminat yang sentiasa di belakang Ara untuk menyokong dan memberikan kata-kata semangat buat penyanyi muda yang berbakat itu. 


Terdahulu, lagu Bunga ciptaan Hang Nadim, Laq dan Kadok nyanyian Ara Johari telah menyandang tempat kedua bagi Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-33 baru-baru ini.