Kereta disangka dicuri, rupa-rupanya lupa


Lelaki buat laporan polis selepas kereta disangka dicuri - Gambar daripada World of Buzz


By Nadhirah Sofea Rashid

Anda parkir kereta anda tetapi apabila kembali, kereta tidak kelihatan. Bayangkan perasaan cemas and gelisah pada masa itu.

Itulah yang dihadapi seorang kontraktor apabila dia mendapati keretanya hilang di Mantin, Negeri Sembilan.

Lelaki berusia 31 tahun terus membuat laporan di Balai Polis Mantin selepas menyedari kehilangan Perodua Alza miliknya. 

Namun, rupa-rupanya lelaki tersebut hanya terlupa dimana dia parkir keretanya.


Menurut ketua polis daerah Nilai Supt Mohd Nor Marzukee Besar, lelaki itu mendakwa dia meletakkan keretanya di Flat Seri Pajam, Mantin pada jam 7.30 malam Feb 5, dalam keadaan berkunci.

“Namun apabila pulang ke rumahnya tiga jam kemudian, dia mendapati keretanya hilang,” katanya semalam.

Menurutnya, polis menjalankan siasatan dan akhirnya mendapati kenderaan itu tidak hilang. Rupa-rupanya, dia terlupa. Dia telah parkir di rumah majikannya di Taman Semarak.

“Kereta lelaki itu tidak dicuri hanya terlupa mana dia parkir. Ia berlaku apabila lelaki itu mengambil kereta milik syarikat dan meninggalkan keretanya di rumah majikannya.

“Sebaik habis bekerja, lelaki itu meminta rakan sekerja menghantarnya pulang ke rumah dan terlupa keretanya,” lapor Harian Metro.


Menurut polis, kejadian seperti ini telah dilaporkan sebanyak tiga kali di Nilai pada tahun ini. 

Orang ramai dinasihatkan mengingati di mana kenderaan diletakkan dengan mengambil gambar nombor tiang parkir sebagai petunjuk bagi mengelakkan kejadian ini berulang lagi.