Hanya 4 Hari, Di Matamu Raih 4.4 Juta Penonton Di Youtube


Sufian Suhaimi


Nampaknya netizen masih belum mampu move on dengan persembahan Sufian Suhaimi sewaktu membawakan lagu Di Matamu ciptaan melodi dan lirik Sirkhan & Rinkarnaen  di pentas final Anugerah Juara Lagu Ke-33 yang telah berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam Ahad lalu. 

Sampaikan rakaman persembahan Sufian menerusi lagu itu yang dimuatnaik oleh stesen televisyen TV3 menerusi akaun Youtube rasmi TV3 Malaysia @TV3Malaysiaofficial pada malam itu menjadi trending sehingga mencecah 1.1 juta penonton. 


Dan, sehingga ke hari ini, jumlah penonton terus meningkat hingga mencecah 4.4 juta penonton dengan 143 ribu likes. Dahsyat sungguh penangan Sufian. Apa yang membuatkan netizen terlalu hooked up dengan persembahan lagu Sufian itu? 


Ini jawapannya! 

1. Sufian Suhaimi telah membawakan lagu itu dengan begitu baik sekali 

2. Penghayatan dan emosi Sufian juga diluahkan dengan sempurna 

3. Lagu itu dikaitkan dengan kisah peribadi Sufian iaitu mengenai kisahnya putus tunang dengan Elfira Loy walaupun ia tekah dihasilkan sebelum berakhirnya hubungan mereka.

4. Gimik pelamin dalam persembahan lagu itu serta  Suhaimi yang duduk berseorangan di atas pelamin itu berjaya menenggelamkan persembahan penyanyi-penyanyi lain 

5. Ramai netizen yang kasihan dengan Sufian apabila dia putus tunang dengan Elfira serta menyifatkan Elfira dan ibunya sebagai anak-beranak yang mata duitan. 

6. kebanyakan netizen mengakui mereka adalah Team Sufian, ekoran tindakan Elfira mengundang bekas kekasih Sufian yang terdahulu sebelum Elfira untuk datang ke majlis kahwinnya dan berselfie bersama serta memuatnaik gambar itu di sosial media. 

7. Tweet posting Elfira pada malam AJL Ke-33 membuatkan netizen semakin berpihak kepada Sufian dan mahu memastikan lagu ini menjadi trending di Youtube rasmi TV3. 

Apapun, secara keseluruhan carian di Youtube masih lagi tertumpu kepada Sufian Suhaimi. Kelas Baby Pian...