Syair Di Matamu, Gelombang Viral Baru Sufian Suhaimi


Sufian Suhaimi Muncul Dengan gelombang Viral Baru


Segalanya tentang Sufian Suhaimi ketika ini adalah trebding dan viral. Bermula dengan persembahannya di pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-33 dengan gimik pelamin hingga menjadi topik bualan hangat netizen, posting bekas tunangnya, Elfira Loy  yang telah memuat kenyataan yang berbaur sarkastik sehinggalah kepada penjelasannya terhadap komen segelintir pihak yang menuduh dia cuba mengaitkan kembali kisah peribadinya di dalam persembahan tersebut. 

Kini muncul pula gelombang baru viral Sufian Suhaimi iaitu Cabaran Syair Di Matamu yang dilakukan segelintir fans tegar penyanyi kelahiran Muar Johor ini menerusi IG. 

Menerusi hashtag #syairdimatamu, Youth Connect memperolehi sejumlah 500 posting berkait rapat dengan Cabaran Syair Dimatamu yang dimuatnaik fans tegar Sufian Suhaimi. 


Menarik sungguh kerana hampir kesemuanya berbakat dan tampil dengan stail dan cara masing-masing sewaktu membawakan Cabaran Syair Di Matamu. 

Malah, menerusi Cabaran Syair Di Matamu ini, Youth Connect berpeluang mendengar berbagai jenis variasi tone. Yang betul-betul sedap dan unik pun ada. Ada juga yang cukup kreatif apabila melakukan rendition mereka sendiri terhadap lagu itu. 

Wow... Sufian.. Dahsyat kamu ya... Viral lagi baby Pian . Apapun jom kita check it out beberapa video Cabaran Syair DiMatamu daripada yang dimuatnaik segelintir netizen.