Buli: Mangsa hanya mampu menepis dan mengelak


Mangsa ditendang oleh beberapa orang pelajar - Gambar daripada Facebook


By Nadhirah Sofea Rashid

Nampaknya masih ada yang belum belajar daripada kesilapan lepas. 

Kes-kes buli di Malaysia ada yang sampai membawa maut tetapi buli masih berlaku.

Yang lebih merisaukan, buli yang dilakukan oleh kanak-kanak sekolah rendah. 

Masih kecil tetapi sudah pandai buat jahat?

Baru-baru ini viral di Facebook, sebuah video berdurasi 1 minit 26 saat itu mula tular memaparkan seorang murid lelaki dipukul sekurang-kurangnya tiga murid lelaki lain sambil dirakam seorang murid lain.

Kejadian ini berlaku di Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah, Jerteh, Terengganu.



Mangsa buli yang memakai baju pengakap telah ditendang dan dipukul oleh rakan-rakannya yang memakai baju Kadet Remaja Sekolah.

Biar pun dipukul berkali-kali, mangsa tetap sabar dan tidak sekali pun kelihatan melawan.

Mangsa hanya menepis dan mengelak.

Lebih menyedihkan apabila tiada seorang pun membantu mangsa walaupun kedengaran banyak suara dalam video tersebut.

Kejadian itu dikatakan berlaku pada Selasa lalu pada waktu rehat di sekolah berkenaan.

Punca kejadian masih belum diketahui.

Keluarga mangsa dikatakan telah membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. 

Gejala buli harus dihentikan.

Buli bukan sahaja memberi impak buruk kepada mangsa, malah kepada masa depan pembuli juga.

Ibu bapa harus memainkan peranan penting dalam mendidik anak-anak untuk tidak melakukan buli.

Katakan tidak kepada buli!